Sandiwara apa lagi?

SEBELUM menyambut Aidilfitri rakyat disajikan dengan drama pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dan belum hadam sepenuhnya drama itu kini muncul pula video perlakuan seks songsang membabitkan individu dan seorang yang mirip wajah menteri.

Pada kebiasaannya episod seterusnya akan disiarkan pada minggu hadapan, tetapi drama kali ini begitu cepat episod baharu tampil apabila salah seorang yang terlibat di dalam adegan tidak bermoral itu tampil membuat pengakuan.

Haziq Aziz mengaku dia adalah individu yang terlibat dan meminta SPRM menyiasat perkara tersebut. Yang anehnya apa kaitan seks songsang dengan SPRM kerana ia lebih kepada bidang kuasa polis dan majlis agama.

Timbul persoalan siapa yang memainkan dan menjadi pengarah di sebalik tabir dalam babak drama yang songsang serta aneh ini.



Serentak itu juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui Facebook rasminya memuat naik video makan bertih jagung yang kemungkinan besar beliau seperti seluruh rakyat Malaysia sedang teruja bercampur gelisah menyaksikan drama terbaharu.

Insiden ini mengingatkan kembali saya kepada peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 di mana ketika itu tersebar buku berjudul 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri.

Buku berkenaan pada mulanya dianggap remeh, hinggalah apabila polis mengeluarkan amaran akan menangkap sesiapa yang mengedar buku berkenaan dan mulai menyiasat kandungannya dan telah disusuli dengan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dituduh dengan tuduhan salah guna kuasa serta terlibat dengan seks songsang.

Insiden kecil penerbitan buku pada asalnya dianggap sebagai sebahagian daripada sandiwara politik, tetapi akhirnya telah mengubah landskap politik negara sehingga ke hari ini.



Ekoran kejadian itu itulah ahli keluarga Anwar dan penyokongnya telah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini menjadi salah sebuah parti komponen yang memerintah negara.

Masih segar diingatan negara disajikan dengan drama tilam yang diusung keluar masuk mahkamah dan mata lebam Anwar. Itu belum lagi kisah rektum dan sebagainya.

Begitu juga skandal 1MBD, pada mulanya dianggap remeh dan tidak dilayan, bahkan dipandang sepi oleh pemerintah sebelum ini dengan meletakkannya di tahap ke-10, tetapi akhirnya isu inilah yang meruntuhkan Barisan Nasional (BN) selepas memerintah negara ini selama 60 tahun.

Oleh itu pada jangkaan saya drama ini jauh daripada mencapai kemuncaknya, naratifnya akan berjalan lebih panjang dan lebih panas.



Jadi dalam tempoh beberapa hari ini mungkin ramai yang tidak dapat tidur nyenyak, apatah lagi dalam era ledakan maklumat, anda mungkin dikejutkan oleh rakan atau pasangan kerana episod baharu drama ini telah dilancarkan dan semakin panas serta mengejutkan.

Borhan Abu Samah
Utusan

Related Articles

2 Comments

  1. Jadi..aku rasalah..kalau difikir2kan semula sejak keributan kes2 taboo ni dari tahun 90an dulu..kemungkinan Anwar Ibrahim bukan sahaja pernah kongkek isteri Azmin Ali tetapi Anwar juga pernah kongkek suami Samsidar Taharin. Mungkin stlye 3some aje yang diorang tak pernah buat kot.

    Jangan kecam..ini sekadar teori aje he3..

  2. ada kebenaran apa diperkatakan ummi hafilda bahawa dia pernah lihat azmin keluar bilik air sambil tumpah darah(keluar dari bontot) atas lantai…kira bocor lah tu koyak teruk sangat kena taram dengan boss…tu yang azmin tak tahan agaknya suruh samsidar pulak ganti tempatnya bagi pada anwar pinjam sampai buat projek kat penthouse di bank phileo allied dulu…azmin masih ketagih agaknya suka dibontot & membontot tapi kali ni dia pilih partner yang tak kasar seperti anwar, dia pilih si haziq & entah siapa lagi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker