Eh, “Arab Gila” Memang Ada? Siapa Kata Takde?

Untuk meneguhkan tuduhan RM 2.6 billion derma yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebenarnya duit rompak, rakyat diberitahu bahawa tidak ada Arab Gila yang akan menderma sebanyak itu.

Dari video yang dirakam, kenyataan itu disambut dengan hilai ketawa girang raykat yang dibawah.

Tapi semalam, raykat yang sama seolah tertelan gigi bila sebuah Mahkamah diberitahu oleh seorang seorang saksi dalam perbicaraan membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa memang ada wang yang dimasukkan dalam akaun Najib pada tahun 2013 itu datang dari orang arab dan negara arab.

Dan juga sebahagian darinya dipulang balik kepada penderma.



Regardless sama ada jumlah itu RM 2.6 billion atau tidak (kerana ini baru peringkat awal perbicaraan) tapi yang pentingnya dakwaan yang mengatakan tidak ada Arab yang cukup gila untuk derma begitu banyak duit, adalah tidak benar.

Memang ada “Arab Gila” yang disindirkan itu, mereka memang wujud.  Nampak macam sindir dah makan diri.

Ini sudah jadi macam cerita Hindustan sungguh dimana hero kalah dulu.  Siapa sangka kan?  Nampaknya kalau Merdeka Center buat satu lagi tinjauan, maka menurun lagilah popularity dari 46% kepada entah berapa peratus saja.

Ekonomi makin teruk, barang tak turun, hutang PTPTN tetap kena bayar, tol pun begitu dah sekarang derma itu benar, Arab gila itupun benar.



Boleh buat pilem ni.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker