Anwar pertahankan Mahathir dalam isu TMJ.

Anwar akui TMJ campur urusan k’jaan

Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertahankan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam pergeseran terbaru dengan pihak istana Johor.

Anwar berkata sikap Dr Mahathir adalah betul dan beliau telah menghantar mesej jelas bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati.

“Beliau (perdana menteri) mewakili kerajaan dengan mandat baru, kita perlu menghormati hal itu,” kata Anwar ketika ditemui di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersamaan dengan “campur tangan istana” dalam urusn kerajaan, Anwar menjawab: “Ya.”

“Kerana itulah kami memperkukuh pendirian kami (bahawa) perdana menteri dipandu oleh prinsip-prinsip perlembagaan, beliau diberikan tugas untuk dipatuhi dan kami perlu memastikan beliau menjalankan tugasnya dengan cekap,” jelas Anwar lagi.

Terdahulu, di Permatang Pauh Anwar berkata perbalahan antara Mahathir dan pihak istana tidak bagus untuk ekonomi.

MP Port Dickson juga berkata pihak istana boleh membuat kritikan tetapi mereka akan mengundang kecaman dengan berbuat demikian.

“Menjadi tanggung jawab kami untuk menasihatkan semua pihak termasuk istana mengenai aspek memiliki mandat rakyat,” katanya.

Kontroversi antara Mahatir dan istana tercetus antaranya apabila perdana menteri mendakwa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu “terbatal” dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

Tunku Ismail pula ketika bertitah kepada peminat kelab bola sepak JDT: “Daripada tukar (jurulatih Benjamin) Mora, baik tukar perdana menteri,” susulan kekalahan pasukan itu kepada Shandong Luneng dalam perlawanan Kejuaraan Liga AFC di stadium Larkin, Johor Bahru pada minggu lalu.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker