Statut Rom: Saifuddin kena ‘asak’ di Parlimen

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah diasak pembangkang hari ini dalam sidang Dewan Rakyat kerana tidak mendapat jawapan memuaskan daripada menteri sama ada keputusan menandatangani Statut Rom menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak.

Ketika menggulungkan jawapan perbahasan Titah Diraja, Saifuddin berkata, perkara mengenai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di bawah Statut Rom itu tidak termasuk dalam Sembilan Perkara melibatkan Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja.

Jawapan itu membuatkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang terus memberi tekanan yang mahukan jawapan ya atau tidak, tentang sama ada perkara ICC perlu perkenan Agong.

Saifuddin bagaimanapun terus mengulangi jawapannya itu selain menjelaskan terdapat kira-kira 100 perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diratifikasi tanpa dibawa ke Dewan Rakyat sebelum ini.



Dalam isu Statut Rom juga, menteri itu berkata, kerajaan menandatangani perjanjian atas keyakinan bahawa mana-mana pemimpin Malaysia tidak mempunyai hasrat melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang ICC.

Selain itu katanya, kekebalan Yang di-Pertuan Agong juga terpelihara berdasarkan bacaan Perlembagaan Persekutuan iaitu Seri Paduka menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet termasuk mengenai kedudukan Agong sebagai Ketua Angkatan Tentera.

“Kerajaan yakin bahawa Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara tidak terfikir pun hendak buat perkara tesebut (jenayah antarabangsa) dan keduanya mengenai kekebalan Agong adalah terpelihara,” katanya.

Statut Rom memperuntukkan bidang kuasa ICC cuma untuk membicarakan empat jenayah antarabangsa utama, iaitu penghapusan etnik, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah Pencerobohan.



Sementara itu, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang bertanyakan seandainya pemimpin negara terlibat dalam jenayah-jenayah tersebut, Saifuddin menjelaskan, ICC hanya akan bertindak sekiranya sistem kehakiman negara tidak berkemampuan dan tidak mahu mengambil tindakan sewajarnya.

“Sekiranya kita mengambil tindakan yang sewajarnya, maka tidak timbul ICC akan mengadili mana-mana pihak dalam negara yang terlibat dalam andaian perkara tersebut,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Malaysia masih tersenarai dalam Statut Rom, kerajaan perlu jawab.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker