UMNO dan Pas: Tiada yang perlu ditakuti – MIC

Keputusan kepimpinan UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan Pas dilihat akan memperkukuhkan barisan blok pembangkang khususnya kedudukan Barisan Nasional (BN).

Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, ini kerana hubungan itu secara tidak langsung akan memanfaatkan masyarakat berbilang kaum khususnya parti komponen dalam BN.

Menurutnya, tiada yang perlu ditakutkan hasil daripada kerjasama dua parti Melayu dan Islam itu kerana pembentukannya untuk membela nasib Melayu dan Islam tanpa mengenepikan kaum lain.

“Sebelum ini saya pernah berjumpa dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan perkara ini dan beliau telah menjelaskan secara khusus tentang kegusaran kami.



“Selepas itu, tiada apa yang perlu ditakuti hasil kerjasama ini (UMNO dan Pas) kerana mereka memang berprinsipkan Melayu dan Islam tetapi tidak sesekali mengabaikan kaum lain. Jadi saya amat mengalu-alukan kerjasama ini juga cara ini akan memberi manfaat kepada BN dan masyarakat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

UMNO dan Pas semalam mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah dan berikutan itu satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperincikan kerjasama tersebut.

Kerjasama itu, walaupun menarik perhatian orang Melayu dan Islam, namun wujud persoalan dalam kalangan masyarakat Cina, India dan lain-lain terhadap gandingan UMNO-Pas yang menjadi dua teras utama masyarakat Melayu sejak sekian lama. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker