Cegah kluster tempat kerja

PENINGKATAN kes positif COVID-19 melibatkan tempat kerja semakin membimbangkan dengan hampir setiap hari terdapat kluster baru berkaitan tempat kerja dilaporkan, dengan sebahagian besarnya melibatkan kluster tapak bina.

Pada 24 November yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 119 kluster berkaitan tempat kerja dengan 83 daripanya masih aktif, membabitkan 12079 kes positif daripada 77201 orang individu yang telah disaring setakat tempoh tersebut.

Malahan KKM turut menjangkakan peningkatan kes melibatkan tempat kerja akan terus berlaku dalam masa terdekat ini berikutan perlaksanaan mandatori ujian COVID-19 terhadap pekerja asing secara berperingkat dan bersasar di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan, yang bermula sejak 1 Disember lepas.



Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan media bertarikh 21 Disember memberi AMARAN keras termasuk membatalkan pendaftaran kepada syarikat pembinaan yang terlibat dengan kes-kes positif serta tidak melaksanakan SOP yang ditetapkan.

KKM turut mengingatkan majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan COVID-19 di Malaysia terutamanya dalam kalangan pekerja.

Selain itu, semua pihak di tempat kerja terutama pekerja itu sendiri harus peka dan sedar akan tanggungjawab utama mereka berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, iaitu memberi perhatian yang munasabah terhadap keselamatan diri sendiri dan orang lain yang boleh terjejas dari kerja atau tindakan yang mereka lakukan.

Sekalipun majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat, namun tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain perlu dilakukan oleh pekerja dengan sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diberikan oleh majikan.



Hal ini adalah selaras dengan Seksyen 24, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berkaitan dengan tanggungjawab pekerja.

Anwar perlu akur pencalonan Dr M, buka ruang peralihan kuasa

Dalam masa yang sama, personel keselamatan dan kesihatan seperti doktor kesihatan pekerjaan (OHD), jururawat kesihatan pekerjaan (OHN), pegawai keselamatan & kesihatan (SHO) penyelia keselamatan tapak bina (SSS) dan penyelia keselamatan dan kesihatan (OSH Coordinator) patut memberikan nasihat dan cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah yang sewajarnya dilaksanakan bagi mengelakkan dan menangani penularan COVID-19 di tempat kerja mereka.



Antara amalan-amalan yang telah ditetapkan dan perlu dilaksanakan oleh setiap tempat kerja adalah seperti berikut:

– melakukan pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja
– menyediakan kemudahan mencuci tangan atau hand sanitizer
– menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti pelitup muka kepada semua pekerja
– melakukan proses pembersihan dan pembasmian kuman dengan kerap terutamanya pada ruang guna sama
– mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry)
– memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space)
– mengelakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation)
– mengelakkan dari bertutur secara dekat (close conversation) antara satu sama lain
– menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home)
– menjalankan ujian pengesanan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing (bagi kawasan yang telah ditetapkan)

Semua pihak yang terlibat terutamanya majikan, personel keselamatan dan kesihatan, serta pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan prosedur dan garis panduan pencegahan COVID-19 di tempat kerja yang telah disediakan oleh pihak berkuasa seperti berikut:

1- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker