Batal program bossku: Adakah retorik politik semata-mata?

Tindakan pihak pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membatalkan pelaksanaan program Sembang Santai Bossku dilihat bertentangan dengan prinsip keterbukaan dan kebebasan bersuara seperti mana dituntut dalam era kerajaan Malaysia Baharu.

Penganjur program, Rahimin Ismail berkata, ini kerana, program yang dirancang mahasiswa dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajr (MPP) UKM telah mematuhi semua prosedur permohonan ditetapkan universiti dan telahpun diluluskan.

Katanya, dia turut mempersoalkan adakah tindakan tersebut merupakan cerminan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang kononnya mahu merancakkan penglibatan mahasiswa dengan politik atau sekadar retorik politik semata-mata.

“Kami berasa hairan, kami hanya mahu berkumpul dan mengambil kesempatan berbincang serta berdialog bersama Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan beliau merupakan bekas Perdana Menteri.

“Kami juga mahu berterima kasih kerana terhutang budi dengan jasa beliau atas nikmat yang diberikan sebelum ini seperti Kad Debit Siswa 1Malaysia (KDS1M) dengan bantuan RM250 dan bantuan biasiswa Program MyBrain selain potongan sebanyak 20 peratus diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekarang apa yang mahasiswa dapat?” Soalnya di sini hari ini.

Semalam, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor berkata, program yang dijadualkan diadakan petang ini akan ditunda pada tarikh lain. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker