PRK SEMENYIH – CALON PAKATAN HARAPAN BERJANJI SELESAI SEMUA MASALAH SEMENYIH, BAU ‘HANCING’ MANIFESTO MAKIN KUAT

Calon Pakatan Harapan dari PPBM, Aiman Zainali sekali lagi mengulangi Manifesto PH pada PRU14 apabila berJANJI akan menunaikan semua aduan yang dikemukakan kepada beliau sepanjang 6 hari berkempen. Penuh yakin Aiman bercakap depan audien di samping Presiden PPBM bahawa semua masalah akan diselesaikan pada 3 Mac 2019 jika beliau menang PRK pada 2 Mac 2019.

Beliau yang kemudiannya ditegur Setiausaha dan Presiden PPBM kelihatan ‘Malu Kucing’ kerana kurang BIJAK dalam berucap. Mungkin Aiman LUPA, Selangor selama 3 penggal telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat kemudiannya bertukar kepada Pakatan Harapan dan masalah tidak juga diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

Inikah calon yang dikehendaki Pengundi Semenyih? BERJANJI BULAN dan BINTANG akhirnya akan jadi seperti kerajaan sekarang, menuding salah orang sampai lupa kain sendiri berlubang. Pengundi Semenyih bukan ‘Bodoh’ untuk terima JANJI apatah lagi KEGAGALAN PH selama 9 bulan diperhatikan dan diperkatakan Rakyat.

Sumber : https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/02/prk-semenyih-calin-pakatan-harapan.html

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker