Bapa dari neraka, sambut hari jadi anak dengan tendangan dan libasan parang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun cedera akibat ditumbuk dan ditendang bapa kandung ketika berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Perah, Gerik, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata siasatan awal mendapati, suspek berusia 37 tahun datang ke rumah ibu saudara mangsa yang juga wanita warga Thailand berusia 35 tahun kira-kira jam 5 petang.

Katanya, suspek dikatakan terus masuk lalu menumbuk dan menendang belakang badan anaknya, selain melibas parang yang hampir mengenai mangsa.



“Wanita itu membawa mangsa ke rumahnya kira-kira jam 6 petang sehari sebelum kejadian untuk menyambut hari lahir kanak-kanak terbabit.

“Mangsa bermalam di rumah ibu saudaranya dan sepatutnya dihantar pulang lewat petang keesokan harinya (hari kejadian) tetapi bapa kandung kanak-kanak itu datang ke rumah wanita berkenaan.

“Kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di belakang badan dan paha

“Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Gerik untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Zulkifli berkata, laporan berhubung kejadian diterima daripada ibu saudara mangsa pada jam 5.50 petang hari yang sama di Balai Polis Bersia, di sini.

Katanya, suspek ditahan hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker