MenHEN Terlebih Makan Limau Mandarin Ke – Najib

Share

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menempelak Lim Kit Siang yang berterusan menyalahkan rakyat disebabkan penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) semakin terbongkar.

Najib dalam hantaran di Facebooknya mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang ‘dianugerahkan’ Menteri Hal Ehwal Najib (MenHEN) itu yang tetap mempertahankan sikap menipu beberapa pemimpin PH berhubung kesahihan kelayakan akademik mereka.

“Apa salahnya rakyat untuk menyoal integriti dan mengkritik pemimpin PH yang telah jelas-jelas menipu sehingga MenHEN perlu mengecam tindakan rakyat ini sebagai serangan politik paling toksik dan ganas dalam sejarah?

“Dah ‘over’-drama sangat ini. Terlebih makan limau mandarin ke?,” sinis Najib.

Dalam blognya, Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan menyoal kesahihan ijazah menteri-menteri PH adalah serangan politik paling toksik dan ganas dalam sejarah Malaysia.

Justeru, Najib membidas Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan politik tidak masuk akal tersebut.

“Yang tipu degree, Menteri PH. Yang soal, rakyat.

“Yang ‘kantoi’ dengan sendirinya, menteri-menteri PH. Yang tidak puas hati kerana ditipu lagi, rakyat.

“Yang dipersalahkan, UMNO dan BN pulak?,” soalnya lagi. – Media UMNO

Umno Online

One thought on “MenHEN Terlebih Makan Limau Mandarin Ke – Najib

  • February 12, 2019 at 12:53 pm
    Permalink

    Not mandarin oranges but me think it johnny walker…hahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *