PRK Cameron Highland: Janji Dicapati Dah Makan Diri

Tersebar sebuah video menunjukkan seorang pemimpin veteran DAP disergah rakyat tentang janji-janji yang Pakatannya tidak menunaikan ketika berkempen untuk calon partinya di PRK Cameron Highland.

Dari satu segi, video ini kalau disebarkan pun boleh menguntungkan parti yang diwakili veteran berkenaan sebab ini bukan kali pertama berlaku. Dalam PRU13 kalau tak silap, keadaan sama pun pernah terjadi ketika dia berkempen di Parlimen yang diwakilinya, penyudahnya dia menang juga disebabkan katanya ada unsur simpati.

Tapi melepaskannya (kejadian yang dirakam dalam video berkenaan) begitu sahaja pun, nampak tak cerdik juga sebab berbeza dengan PRU13, kali ini puak itu sudah membentuk kerajaan dan hampir kesemua janji tidak ditunaikan.

Apa yang jelas, nampak kelu lidah nak menjawab bila disoal rakyat tentang janji-janji yang tak ditunaikan, tak tahu nak jawab apa. Mati kutu sungguh nampaknya.



Beberapa PRK yang di awal dulu memanglah rakyat tak bertanya lagi sebab tempoh janji 100 hari belum sampai dan kalau dah sampai pun, ada tambahan masa. Tapi sekarang bukan saja dah jauh melampau 100 hari, lebih 9 bulan dah pun, takkan tak beranak-beranak (laksanakan janji) lagi?

Apa pun, ini semua adalah dari strategi puak ini juga dulu. Kita masih ingat ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, pendedak regim menggunakan slogan Janji Dicapati untuk memperlekehkan pentadbiran beliau sekalipun tak tahu apa janji yang tak ditunaikan.

Sekarang Janji Dicapati dah makan diri. Dia sebenarnya yang mencapatikan janji, bukan Najib.



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker