Selangor lepasi paras amaran kes HFMD, catat 6,748 kes

Selangor lepasi paras amaran kes HFMD, catat 6,748 kes

Sebanyak 6,748 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lepas, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata, 4% daripadanya dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemantauan lanjut dan selebihnya menerima rawatan pesakit luar.



“Pada masa sama, terdapat 118 kluster HFMD dilaporkan dengan 95% melibatkan kluster di taska atau tadika serta pusat jagaan harian. Tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini.

Beliau berkata, trend peningkatan penyakit tersebut di negeri ini berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak bawah usia tujuh tahun sejak awal tahun ini.

Katanya, 33% kes jangkitan berpunca daripada virus coxsackie A16 (CA16) dan 22% daripada enterovirus 71 (EV 71), manakala selebihnya lain-lain jenis virus.

Pada minggu epidemiologi ke-18 (ME 18) tahun ini, katanya, sebanyak 525 kes dilaporkan, namun menurun 40% berbanding ME sebelumnya.



“Penurunan ini dipercayai berlaku berikutan cuti perayaan Aidilfitri dan kebanyakan pusat jagaan serta institusi pendidikan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

“Tiada kluster HFMD dilaporkan semasa tempoh tersebut,” katanya. FMT

Selangor lepasi paras amaran kes HFMD, catat 6,748 kes


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker