Apa la ‘cable’ yang mereka pakai

Apa la ‘cable’ yang mereka pakai

“Steady pasukan Melaka masih boleh main Liga M3 sedangkan terang-terang ada tunggakan gaji enam bulan..”

Itu luahan bekas pemain Melaka United, Syukri Baharun yang mempertikaikan bagaimana pasukan itu boleh diberi kebenaran beraksi dalam saingan Liga M3 musim ini.

Jelas Syukri, walaupun kedua-duanya didakwa entiti berbeza, namun atas nama Melaka di mana bermain atas tiket yang diluluskan oleh Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) seharusnya isu tunggakan gaji perlu diselesaikan terlebih dulu.

Katanya, dia dan bekas pemain musim lalu sudah menunggu hampir enam bulan namun sehingga kini tunggakan gaji itu masih belum dilunaskan mana-mana pihak sama ada Melaka United oleh pemiliknya Datuk Justin Lim, atau Melaka FC yang akan bermain di Liga M3 di bawah kelolaan Presiden MAFA, Datuk Nur Azmi Ahmad.

“Sampai bila kami nak kena tunggu?. Steady pasukan Melaka masih boleh main Liga M3 sedangkan terang-terang ada tunggakan gaji enam bulan.

“Apa la ‘cable’ yang mereka pakai. Senang saja mereka lepas. Langsung tidak fikir mengenai nasib pemain-pemain yang kena hadap komitmen. Mereka anggap kami macam tiada ibu bapa, isteri dan anak-anak.

“Bukti 70/30 pun tak boleh pakai. Masing-masing nak lepas tangan, yang teraniaya pemain sendiri. Kalau ditanya senang, jawapan mereka kita tiada kena mengena dalam hal ini,” kata Syukri.

Sebelum ini, Liga Bolasepak Amatur Malaysia (AFL) yang menguruskan saingan Liga M3 mengesahkan menerima penyertaan Melaka FC musim ini.

Malah, ia turut diakui Nur Azmi yang menegaskan perjuangan bola sepak Melaka akan diteruskan oleh Melaka FC yang turut memburu misi kembali ke Liga Super pada 2024, selain layak beraksi di Piala FA untuk musim 2023.

Untuk rekod, isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan menjadi punca utama skuad Hang Tuah disingkirkan dari beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) bermesyuarat dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Melaka United dan Sarawak United FC untuk memohon Lesen Kebangsaan ditolak ekoran masalah tunggakan gaji. HM

Apa la ‘cable’ yang mereka pakai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”

Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker