UMNO: Nak Lawan Regim Penipu, Presiden Mana Boleh Berehat

Berdasarkan kenyataan Pemuda UMNO semalam yang menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi supaya berehat selepas didakwa dengan 45 pertuduhan di Mahkamah, saya berpendapat, ini berlaku kerana fraksi-fraksi yang terbentuk semasa pemilihan UMNO yang lepas masih belum terbubar selepas keputusan diumumkan.

Tak salah bentuk fraksi tapi masa pemilihan sajalah, bila keputusan dah dibuat, pihak yang tak menang dan penyokong mereka, haruslah kembali bersatu dibawah kepimpinan yang baru. Begitupun, kita tak rasa jadi begitu.

Ada pendapat yang saya baca di media sosial mengatakan, kalau Presiden UMNO hari ini adalah orang dari Kelantan, mungkin Pemuda tidak akan minta beliau berehat sekalipun berhadapan dengan kes di Mahkamah.

Dalam keadaan sekarang, kalau semua pemimpin UMNO didakwa di Mahkamah, adakah semua yang terlibat kena berehat juga, siapa lepas tu nak uruskan parti, Pemuda? Pakai otak sikit.



UMNO nak rampas semula negara dari regim Malaysia baru yang tidak menunaikan janjinya ini dan menipukan rakyat, Presiden mana boleh berehat!

Dah beberapa bulan sejak regim Malaysia baru ini ambil alih, rakyat yang bersetuju merasakan hampir tidak ada apa yang berubah, sementara yang tak bersetuju, rasa keadaan lebih teruk lagi – bercakap tentang kegagalan menunaikan janji dan sebagainya ni.

Kalau ada yang berubah itupun, majoritinya adalah benda sama yang dijenamakan semula. GST (6%) jadi SST (6%-10%), BR1M jadi BASAH – itupun nak dihapuskan secara berperingkat, UTC jadi pusat komuniti dan sebagainya tapi bendanya itu juga.

Seolah-olah koman sangat kita ni sebagai rakyat sehingga boleh ditipu secara terbuka seperti itu dan penipunya berjalan selamba seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.



Itu kata Pemuda kena pakai otak sikit.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker