Penafian Menteri Arab Itu Ada Bukti Videokah?

Rakyat perlu sedar bahawa “penafian” Menteri Arab berkaitan derma yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013, adalah datang dari negara mereka, tidak dirakamkan sebaliknya keluar dari mulut orang lain (hearsay).

Sebaliknya kita ada kenyataan bervideo dari Menteri Arab yang sama, mengesahkan bahawa wang yang diterima itu adalah derma yang tulen.

Lagipun, ini derma dari individu yang kita katakan, bukan derma dari kerajaan sehingga Menteri Arab itu nak kena tahu – kalau benarlah beliau berkata begitu.

Najib pun tidak pernah kata kerajaan Arab yang dermakan wang itu tapi dari individu yang berasal disana. Difahamkan, semasa proses penyiasatan beberapa tahun dulu, penyiasat agensi anti rasuah negara ini pun dah berjumpa dengan individu (ata wakilnya) tersebut.

Rakyat juga perlu faham, ini kenyataan yang keluar dari orang yang ada kaitan dengan regim penipu, bukan kita dengar sendiri pun keluar dari mulut Menteri Arab tersebut. Justeru sehingga video itu ada, anggap ini satu lagi penipuan mereka sajalah. Mereka dah tipu banyak benda, apa sangat penipuan yang satu ini lagi?

Janji yang terang-terang dia tulis pun dia boleh menipukan, ini pulak lagi hearsay.

Hakikatnya perkara ini tidak pun relevan kerana regim penipu ini masih gagal membuktikan bahawa derma tersebut adalah duit curi dari syarikat SatuMDB.  Dah berapa bulan sejak mengambil alih, masih tidak ada seringgit pun wang SatuMDB yang dibuktikan mereka dicuri oleh Najib.

Benda simple.

Related Articles

2 Comments

  1. Betul jugakk eh..ada logik jugak..takkanlah senang2 kita nak percaya kata2 geng2 PH ni..

    Apa kata kalau mintak tolong Al Jazeera buat temuramah dgn Menteri Luar Arab Saudi tu

  2. rakyat rasa pelik dengan sikap kerajaan PH sebab hanya Jho Low disiasat tapi mahafiraun mahathir macam takut nak arah SPRM & PDRM siasat kawan2/nama2/pihak2 lain yang ada hubungan dengan Jho Low berkaitan kes 1MDB seperti bekas CEO IPIC & sebagainya

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker