Tanah tentera: Najib sekolahkan Rafidah ‘tak sampai setengah hari’

Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapa tempoh tiga bulan diperlukan untuk mengesahkan dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz bahawa syarikat yang dimiliki oleh tiga individu menguasai 40,000 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Sekadar memeriksa surat hakmilik sudah tahu. Tak sampai setengah hari pun.

“Saya tahu tuduhan beliau tidak benar sama sekali,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu hantaran di Facebook petang ini.

Najib mengulas kenyataan Rafidah, semalam yang memetik laporan berita 14 Jun yang memetik Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebagai berkata bahawa dakwaan itu sedang disiasat.



Dalam mesej kepada Malaysiakini semalam, Rafidah, seorang bekas menteri Umno, mempersoalkan kenapa Najib begitu galak sangat minta disiasat berhubung tuduhan itu.

Rafidah juga mendakwa terdapat kertas mesyuarat kabinet bagi membuktikan dakwaannya dan pentadbiran hari ini boleh mendedahkannya.

Sebelum ini, Najib menerusi hantaran di Facebook bertanya apa sudah jadi dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah, bekas perdana menteri berkata tuduhan itu disasarkan untuk mencetuskan kemarahan anggota tentera menjelang pilihan raya.



Katanya, Pakatan Harapan yang telah berkuasa selama lima bulan boleh memulakan siasatan terhadap isu berkenaan.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker