Rakyat, negara hilang kerajaan sangat baik – Pas

Kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu menyebabkan rakyat dan negara ini kehilangan sebuah kerajaan yang terbukti sangat baik.

Perkara itu diakui sendiri Pesuruhjaya Pas Selangor, selepas orang ramai berpeluang menilai sendiri prestasi antara BN dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekarang.

“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

“(Kita) ingatkan (sangka) apabila mereka (PH) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah PH, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

“Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya dalam sidang akhbar bersama UMNO Selangor di Ibu Pejabat Pas negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr. Halimah Ali dan barisan kepe­mimpinan negeri kedua-dua parti.

Dalam perkembangan ber­asingan, Ismail Sabri menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa UMNO dan Pas sedang ber­eksperimen dengan menjalinkan kerjasama dalam PRK kerana tegasnya, hubungan kedua-dua parti sudah bermula lama dahulu.

“Bagi saya bukan eksperimen, hubungan kita telah bermula sebelum sesi Parlimen pertama, kita telah berkerjasama dengan kepemimpinan Pas, jadi (hubungan) telah pun berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, dalam kenyataan bersama, beliau bersama Sallehen menggesa semua pengundi keluar mengundi dalam PRK Seri Setia Sabtu ini bagi mengelak kejadian di Sungai Kandis berulang kerana jika peratusan rendah, PH akan mempunyai kelebihan.

Pada masa yang sama, mereka juga menyeru kepada penggundi agar menterjemahkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan PH menunaikan janji ke dalam bentuk undi.

“Kami menyeru pengundi di Seri Setia agar berani bangkit pada Sabtu ini dan tegas memberi undi kepada calon Pas agar suara pembangkang dapat diperkukuhkan di negeri ini dan seterusnya membolehkan Pas dan UMNO berperanan secara lebih efektif dalam proses semak dan imbang,” kata mereka.

Utusan

#PrkTgPiai : Syed Saddiq punca kekalahan – Pemuda PPBM Terengganu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker