Harap DS Najib & Tun Rahah Tabah

Minggu ini disifatkan ramai pihak sebagai minggu yang paling mencabar dalam hidup Datuk Seri Najib Tun Razak sekeluarga sejak tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Sudahlah beliau berhadapan dengan beberapa tuduhan baru berhubung derma dari luar negara yang diperolehi pada tahun 2013, hari yang sama, rumah ibu beliau Tun Rahah, turut diperiksa – termasuk laporan yang mengatakan ada silling rumah yang terpaksa dipecahkan dan sebagainya.

Tun Rahah difahamkan sedang berada dalam keadaan uzur ketika pemeriksaan itu berlaku.

Dalam hal ini, kita semua perlu faham bahawa pihak berwajib sekadar menjalankan tugas mengikut undang-undang, cuma banyak pihak di media sosial mempersoalkan kewajaran tindakan tertentu yang sepatutnya boleh dibuat dengan cara lain yang pada pendapat mereka, lebih berhemah, memandangkan Tun Rahah adalah juga isteri kepada bekas Perdana Menteri di negara kita.

Saya masih ingat tidak beberapa lama dulu, bila isteri kepada seorang bekas Perdana Menteri (pada waktu itu) diambil keterangannya berhubung penganjuran sebuah perhimpunan di Kuala Lumpur, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka.  Itu baru diambil keterangan, bandingkan pula dengan sekarang.

Kenapa tidak menggunakan teknologi seperti X-ray, radar mudah alih, atau paling tidak, kamera fiber optik untuk mengesahkan keberadaan apa juga benda yang dicari sebelum apa-apa yang berkaitan perlu dipecahkan? – ini antara persoalan/cadangan yang saya baca.  Apa pun pihak berkuasa sudah tentu ada alasan disebalik tindakan yang diambil.

Semoga DS Najib sekeluarga bertabah dengan semua yang berlaku sekarang ini.  Kita yakin, semua ini ada hikmah disebaliknya.

One thought on “Harap DS Najib & Tun Rahah Tabah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.