Pelantikan Pengerusi SPR Yang Mencemar Demokrasi

oleh Ab Jalil Backer

1. Art Harun memang aktivis Pakatan Harapan.

2. Pelantikan beliau sebagai Pengerusi SPR adalah satu keputusan paling tidak munasabah. Semua Pengerusi SPR sebelum ini tidak pernah menyokong mana-mana parti secara terbuka sebelum dilantik.

3. Melantik seseorang yang secara terbuka berkempen untuk parti tertentu ke jawatan tinggi adalah satu balasan (reward) politik.

4. Tidaklah salah untuk memberi jawatan kepada mereka yang berusaha memenangkan parti. Ini amalan demokrasi biasa.

5. Namun melantik sesorang yang jelas kecenderungan politiknya sebagai kepala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah langkah anti-demokrasi.

6. Sama ada Art Harun mampu berlaku adil atau tidak adalah perkara lain. Namun pelantikan ini sahaja menunjukkan Pakatan Harapan lagi teruk dari Barisan Nasional.

7. Pakatan juga membakulsampahkan manifesto mereka yang berjanji untuk memberi hak pelantikan Pengerusi SPR kepada Parlimen.

8. Dulu mereka mengkritik dan menuduh pelantikan Pengerusi SPR dari pegawai kanan kerajaan sebagai agen Barisan Nasional. Hari ini mereka melantik agen mereka secara terang-terangan.

9. Mereka bukan sahaja merosakkan imej SPR malah memungkiri janji untuk memastikan SPR lebih telus dan bebas berbanding sebelum ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker