PH yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN – Najib

PTPTN: Saya pula dipersalahkan – Najib

Datuk Seri Najib Razak, mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan yang mendakwa beliau berbohong dalam isu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ahli Parlimen Pekan itu merujuk kepada tuduhan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa Najib membohongi rakyat apabila mendakwa kerajaan pimpinan PH berjanji untuk memansuhkan hutang PTPTN.

“Pakatan (PH) yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan memansuhkannya tetapi tiba-tiba saya disalahkan pula. Agak pelik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.



Awal pagi tadi, Wan Saiful yang juga perangka Manifesto Harapan menuduh Najib membohongi rakyat apabila mendakwa kerajaan PH berjanji untuk memansuhkan hutang PTPTN.

Timbalan Pengarah Biro Strategik dan Dasar, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, budaya ‘cash is king’ semasa pemerintahan Najib juga telah merosakkan orang Melayu dan kini kerosakan itu sedang diperbaiki menerusi pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isnin lalu, Najib tidak bersetuju Dr Mahathir menggunakan analogi isu pembayaran balik PTPTN sebagai contoh mengatakan semua kaum Melayu sebagai malas, tidak bertanggungjawab dan tidak lagi dipercayai oleh bank-bank.

Najib mendakwa punca kegagalan peminjam PTPTN membuat pembayaran semula adalah disebabkan hasutan PH sebelum menjadi kerajaan.



Beliau berkata, sejak 10 tahun dahulu, PH telah menggalakkan peminjam untuk tidak membayar balik malah melaung janji manis bahawa semua hutang PTPTN akan dimansuhkan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker