Cari kepah, jumpa mayat

Cari kepah, jumpa mayat

Sabak Bernam: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Siput Bumi Hijau, Sungai Air Tawar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mayat disyaki warga asing itu ditemui orang awam yang menemani ibunya mencari kepah di kawasan terbabit.



Beliau berkata, polis menerima panggilan, 10.45 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.

“Saksi dan ibunya mengatakan semasa sedang berjalan kaki mencari kepah di kawasan tersebut, (mereka) terhidu bau busuk.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar terlihat satu badan manusia berada di atas pasir pantai dalam keadaan terbaring dan dihurungi lalat.

“Saksi seterusnya segera berhubung dengan pihak polis sebagai pemakluman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



“Tiada sebarang pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan tidak dijumpai sebarang senjata atau objek mencurigakan di kawasan si mati dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan mangsa didapati tiada kesan kecederaan dan luka pada fizikal selain tiada kesan suntikan BCG.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kertas siasatan mati mengejut dibuka sehingga hasil bedah siasat diperolehi,” katanya. HM



Cari kepah, jumpa mayat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker