Bekas Pesuruhjaya SPRM dedah Najib, Rosmah disabotaj isu cincin RM24 juta

Pendedahan bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berhubung kemasukkan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan isu itu hanyalah satu ‘drama’ untuk menjejaskan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak.

Video berdurasi tujuh minit 21 saat itu dipercayai dirakam pada tahun 2011 ketika Abu Kassim masih mememang jawatan nombor satu SPRM. Namun demikian, video berkenaan hanya dimuatnaik dalam laman YouTube pada 25 Julai lalu.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) mendedahkan bekas Perdana Menteri itu terpaksa menolak permintaan Kesatuan Kastam untuk bertemu dengannya berhubung siasatan ke atas 62 pegawai kastam yang ditahan dalam Operasi 3B melibatkan kes pengubahan wang haram atas arahannya.

Sebelum itu, katanya, kesatuan ada bertemu dengan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memujuk beliau agar menggugurkan dakwaan terhadap pegawai kastam yang disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang itu.

“Saya yang nasihatkan beliau (Najib) agar jangan berjumpa kerana kita perlu pertahankan integriti dan tindakan kita dalam siasatan terhadap kastam (melalui Operasi 3B),” katanya.

“Tiada siapa dalam negara ini akan tahu (tentang cincin itu) jika pegawai kastam tidak mengambil dokumen tersebut dan edar kepada pihak lain,” katanya dalam satu majlis ucaptama yang dihadiri oleh pegawai SPRM.

Sebelum ini syarikat yang memiliki cincin itu sendiri telah menjelaskan secara terperinci bahawa cincin itu tidak pernah dibeli oleh Rosmah sebaliknya hanya untuk ditontonkan dan diterbangkan kembali ke New York.

Abu Kassim menjelaskan, tidak puas hati dengan Najib, pegawai kastam membocor serta mengedarkan borang kastam 1 yang menunjukkan barang masuk ke dalam negara tetapi tidak mendedahkan borang kastam 2 iaitu untuk barang yang keluar daripada negara.

“Dalam siasatan kita, kedua-dua borang itu ada, tetapi yang dihebahkan hanyalah borang kastam 1. Niatnya untuk membalas tindakan Perdana Menteri (ketika itu) kerana membiarkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap kastam,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

2 thoughts on “Bekas Pesuruhjaya SPRM dedah Najib, Rosmah disabotaj isu cincin RM24 juta

  • August 11, 2018 at 8:48 pm
    Permalink

    Berita ni mula2 saya lihat disiarkan utusan. Malam ni saya cuba cari balik rupanya dah dipadam. Nasib baik di mykmu masih ada. Saja nak save nak tunjuk pada macai tomato yg sesedap mulut selama ni buat fitnah. Sampai sekarangpun isu ni masih diulang2

    Reply
  • August 11, 2018 at 10:41 pm
    Permalink

    Fitnah kpd dsn semakin berat..harap dsn tabah.sedih melihat apabyg berlaku di negara kita Sekarang ni.fitnah telah menjadi halwa kehidupan sehinggakan murid sekolah rendah turut mempercayai fitnah terhadap dsn hasil drp media sosial Dan Ibu bapa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *