Equanimity: Kenapa Jokowi Cerdik?

Menurut apa yang dibaca di media sosial, kos untuk menyelenggara kapal The Equanimity datang dari Indonesia kelmarin dan kini berada di Pelabuhan Klang, adalah sebanyak RM 3 juta sebulan.

Saya tidak pasti sama ada jumlah itu betul atau tidak, tapi yang pasti, setiap kapal – sama seperti pengangkutan yang lain juga, mesti memerlukan penyelenggaraan. Sama ada RM 3 juta sebulan atau tidak, bottom linenya ialah, mesti ada kos yang dikeluarkan untuk menyelenggara kapal tersebut.

Datang dari mana duit untuk menyelenggarakan kapal ini semua? Sudah tentulah daripada rakyat sebab kerajaan yang bawak balik, betul? Tak kira kos penyimpanan lagi.

Atas sebab ini, terbukti bahawa Presiden Indonesia, Joko Widodo adalah seorang yang bjjak kerana memindahkan beban kewangan proses penyelenggaraan kapal itu kepada Malaysia. Tak hairan beliau “sanggup” melanggar semua peraturan dan undang-undang negaranya untuk menghantar kapal itu ke sini.

Termasuk berdepan risiko ketegangan dengan Amerika Syarikat yang mahu kapal itu dihantar ke negara tersebut untuk dilucutkan hak milik, bukan ke Malaysia. Tentang isu ini, rasanya Jokowi akan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada negara ini untuk bersoal jawab dengan Amerika, beliau boleh cuci tangan.

Jokowi sudah dapat membaca negaranya akan kehilangan banyak wang selama kapal itu disimpan di negara itu akibat pelbagai proses perundangan melibatkannya dan memutuskan untuk menghantarnya ke Malaysia bila permintaan itu datang. Bijak kan?  Umpama mengantuk disorongkan bantal.

Dengan beberapa bulan diperlukan untuk mengetahui pemilik sebenar kapal tersebut, ia adalah masalah untuk Malaysia pulaklah sekarang untuk menanggung kos menyimpan (termasuk selanggaraan) kapal itu disini.  Mungkin sebab negara kita ada Tabung, Indonesia takde kan?

Sebab itu saya katakan Jokowi bijak. Beruntunglah Indonesia kerana mempunyai seorang Presiden yang begini punya bijak. Kita? Harap-harap adalah keuntungan dari semua ini dan hasilnya boleh dilihat oleh rakyat.  Mesti boleh tengok tau, kalau setakat literally, literally je, tak payahlah, menghabiskan beras saja.

Related Articles

4 Comments

  1. Betul jugak ye… TIGA JUTA sebulan memang banyak, especially orang macam kita. Boleh buat belanja rumah sampai mampos pun tak habis.

    Camne kalau kita lepaskan saja tali kapal tu, biar hanyut. Tentu dah tuannya pergi ambil. Takkan nak biar kapal RM1 billion tu hanyut merata. Kita pun tak terbeban RM3 juta sebulan nak bela kapal tu.

    Jokowi memang cerdik, tapi kenapa dia pilih nak hadiahkan kapal tu kepada Malaysia? Mungkin dia harap bila singgah sini nanti Tun M boleh bawak dia naik Equanimity kot. Mungkin dia rasa selamat sikit dari naik kereta dgn Tun M di Litar Sepang.

    Tapi aku rasa itu rezeki yg Tuhan bagi dekat Malaysia, hasil budi dan jasa Najib bantu ekonomi Amerika tak berapa lama dulu. Tun mintak dekat Jokowi, dan Amerika pun tak bantah. Tun memang cadang nak jual. Harga RM 1,000 juta, kalau dapat jual 500 juta pun kira orait jugak. Amerika dapat habuan RM150 juta upah hebohkan pasal Equanimity. Katakanlah 5 tahun baru dapat jual, upah servis RM3 juta x 60 bulan = RM180 juta. Urusan2 lain 20 juta. Baki ada 300 juta.

    Camne kalau Tun M mintak 3 juta. Bukan nak buat apa, saja nak letak wang tunai setimbun dalam office. Siapa datang pun boleh tengok dan rasa bagaimana hebatnya Najib dgn wang tunai bersepah2 merata ceruk.

    Mana ada Melayu dalam dunia ni sehebat Najib!

  2. Rasnya kapal tu bukan Najib ,umno 1mdb punya.kapal tu kroni maha punya.dalam 3 juta betul tu bulat bulat utk selenggara kapal ke.ntah ntah x sampai pun 3 juta.selebihnya pandai pandailah came nak rembat.penyata perbelanjaan boleh di urus janji dapat nilai 3 jutakan.rakyat Malaysia ramai yang x bijak Sekarang ni.sebab rujukan semua Dari media social ,bawang membawang sampai budak sekolah tadika Dan rendah pun terlibat sama.hancur generasi akan satang.

    1. Rasanya tak hancur. Aku rasa lagi gah Melayu Islam akan datang. Semua akan kerja kuat utk jadi kaya. Termasuk juga security guard. Siapa tak terliur kalau nampak 3 juta terlonggok atas meja. Fikirkanlah… Perdana Menteri Malaysia longgok duit camtu… Aku nak longgok mi segera pun tak mampu… Yang best nyer Najib cakap duit UMNO, Zahid pulak cakap tak tau… Mahathir punya kot. Teringin sangat dia nak masuk bilik PMO hingga terlupa nak bawak balik duit PH yg dikendong. Kalau duit Najib tentu pak guard tak curi, sahih takut kena buang. Muhyiddin yg jadi TPM pun kena buang…

      Apa pun kita kena bersyukur Tuhan bagi rezeki dekat orang Melayu Islam macam duit jatuh dari langit. Melimpah ruah rezaki yg dibawa Najib kepada orang Melayu, Aku tak kisah sangat menteri ke MT ke yg kaya raya, asalkan Melayu. Halal haram tu masing2 tanggung. Tapi sekurang2nya Melayu tak merempat di negara sendiri. Yang papa kedana pun berapa kerat sangat orang Melayu, ada pulak BR1M 1,200 sebulan. Apa nak susah. Tak ada orang Melayu yg bising pasal Barang Naik, Tak ada yg bising pun pasal GST. Anak muda kita sekarang ni pun dah kuat semangat nak kumpul duit macam Datin Sri Rosmah jugak, kuat menabung, walaupun sekadar hasil hobi kitar semula. Dan ramai dah jadi doktor, walaupun setakat pandai cucuk diri sendiri, telan ubat tanpa preskripsi. Tapi sekurang2nya dema happy.

      Alhamdulillah Melayu Islam hidup aman damai di negara tercinta. Bersyukurlah kita ada Najib yg bagi semangat utk kita bersatu. Aku harap sekor dua orang Melayu UMNO yg mula gatal mulut merasa Najib dah jadi biawak hidup yg perlu didokong dan kendong supaya berfikir lebih mendalam. Kita orang Melayu, mana ada lupakan budi dan jasa, mana ada mengutuk dan mencaci pemimpin ketika dia jatuh. Taat setia kita boleh dikata membabi buta, tanpa ragu. Itu sifat orang Melayu. Kita patut berdiri di belakang Najib hingga ke akhir hayatnya. Dia pemimpin yg kita letakkan kepercayaan utk menjaga agama bangsa bahasa dan negara, dan juga segala harta negara.

      Tun Mahathir tu lain cerita. Dia tak jatuh, dia cuma pencen saja. Lagipun kita dan sanjung dia selama 22 tahun, dah jemu dan naik meluat. Apa lagi bila dia asyik mengata Najib pencuri, perlu diturunkan. Hingga sanggup dia tulis Surat Terbuka kepada semua akar umbi UMNO agar turunkan Najib jika UMNO mau menang di PRU 14. Rupa2nya dia yg mau menang. Cukup pandai dia berhelah semata2 utk menaikkan anaknya menjadi menteri. Kenapalah dia tak buat ketika memerintah negara dulu, kan senang. Sekarang dah umur 93, dah tua nyanyuk baru terfikir nak buat begitu.

  3. 3 juta untuk selanggara kapal Equinimity agak keterlaluan dan tidak menasabah. “E” bukan kapal pun sekadar dan kategori yatch . Alangkan sebuah kapal baik kapal dagang atau kapal cruise yang lebih besar dari “E” penyelanggaraan tidak sampai ke 100K/hari atau 3M/bulan.

    Kapal yang berlabuh tidak beroperasi hanya perlukan bunker i.e. diesel untuk jalankan generator menjana eletricity , lampu dan aircond. Perlu fresh water untuk kegunaan crew dan juga bahan makanan . Bila dipelabuhan ada caj pelabuhan , itu saja.

    Atau mungkin crewnya makan makanan bertaraf 5 star . Namun kalau 100 seorang satu meal. 3 meal 300 x 17 orang baru 5K sehari . Sebulan 150K

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker