Hampir separuh pekerja ECRL diberhentikan ( video)

Hampir separuh daripada 2,250 pekerja yang terlibat dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diberhentikan berikutan penggantungannya.

Sumber dari China Communications and Construction Company (CCCC) iaitu kontraktor utama projek tersebut memaklumkan, syarikat berkenaan tidak tahu bila penggantungan akan ditarik balik.

Sumber mendakwa, kebanyakan daripada mereka yang diberhentikan adalah pekerja tempatan dan hanya 30 peratus sahaja tenaga kerja melibatkan warga asing.

“Sesetengah pekerja dari China termasuk jurutera, kakitangan pentadbiran dan tukang masak sudah pulang ke tanah air bersama keluar mereka untuk bercuti panjang.



“Baki pekerja lain termasuk beberapa orang pekerja tempatan pula masih menjalankan tugas di kem utama ECRL di Bentong, Pahang,” katanya seperti dipetik Agensi Berita Channel NewsAsia. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker