PRK Balakong: Setuju Kalau MCA Guna Lambang Sendiri

SELAMA hari ini MCA seringkali menyalahkan UMNO setiap kali parti itu gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU – semua orang tahu itu.  Seoalah-olah tanpa UMNO dalam BN, MCA akan kembali mendapat sokongan kaum cina yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka.

Dari 14 kerusi dalam PRU2008, berkurang kepada 7 kerusi dalam PRU2013 sehingga hanya tinggal 1 kerusi dalam PRU14, UMNO seringkali menjadi punching bag pemimpin MCA untuk dipersalahkan setiap kali mereka gagal menyerlah.

Malah, kenyataan pertama MCA selepas PRU14 ialah, meletakkan semua kegagalan BN kepada UMNO walaupun hakikatnya UMNO menang 54 kerusi dan seterusnya menjadi parti tunggal dengan jumlah kerusi terbesar dalam Dewan Rakyat hari ini.

Justeru dalam PRK Balakong yang akan dilangsungkan nanti, penulis bersetuju dengan cadangan Liow Tong Lai agar MCA menggunakan lambang sendiri untuk bertanding di kawasan berkenaan.  Dengan cara itu, dapatlah agaknya MCA membebaskan diri mereka dari sebarang kaitan dengan UMNO yang kononnya menjadi punca kemerosotan sokongan yang menimpa parti tersebut.



Ini adalah idea yang tidak boleh ditolak ketepi.  Hari ini politik Malaysia bukan lagi macam dulu, tapi sudah cacarmarba sehingga tak tahu kemana hala tuju lagi dah.  Bila Pakatan dah didaftarkan sebagai perikatan politik yang sah pun, PKR masih lagi bertanding guna lambang sendiri, tak guna lambang Pakatan.

Kalau DAP boleh meninggalkan lambang roket untuk bertanding guna lambang PKR sedang lambang itu bukanlah lambang mana-mana perikatan politik dan PKR masih bertanding guna lambang sendiri selepas Pakatan didaftarkan, kenapa tidak MCA ye tak?

Mungkin dengan cara itu MCA boleh menarik minat pengundi DUN Balakong untuk mengundi mereka kerana tidak lagi terikat dengan UMNO, mana tahu?

Tapi jika ia gagal, ini bermaksud UMNO tidak ada kena mengena dengan nasib yang menimpa MCA dalam beberapa PRU yang lepas.  Ia adalah salah mereka sendiri dan MCA perlu berhenti menyalahkan UMNO untuk segala buruk yang menimpa parti tersebut.



Sesuatu perlu dilakukan parti itu untuk memperbaiki prestasi mereka ke tahap yang lebih baik.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker