Jangan guna bahasa lindung diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja, kata kumpulan majikan

PETALING JAYA: Kriteria bahasa boleh diterima ketika mengambil pekerja tetapi perlu dipantau untuk memastikan ia tidak digunakan bagi melindungi diskriminasi kaum oleh majikan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan berkata, dalam keadaan ini pihak berkuasa perlu meminta syarikat untuk menjelaskan alasan pilihan bahasa mereka bagi memastikan ada keperluan yang sah untuk kriteria tersebut.

“Kita tidak boleh menuduh secara melulu bahawa syarikat yang mengenakan syarat bahasa itu sebagai rasis.



“Keperluan bahasa itu memenuhi tujuan tertentu, seperti mengapa syarikat menginginkan kemampuan berbahasa tertentu untuk mereka berurusan dengan pelanggan atau calon pelanggan,” katanya dalam perbincangan meja bulat dianjurkan oleh gerakan sosial “Kita Bukan Kami”.

Isu ‘ICERD’ dibangkitkan semula, Suhakam mahu Kerajaan Muhyiddin meterainya

Shamsuddin Bardan.

Namun, katanya ia dapat digunakan sebagai cara untuk mengecualikan kaum tertentu dan menyarankan perlu ada pengawasan yang betul untuk memastikan syarat tersebut dibenarkan.



“Seseorang perlu memantau dan bertanya mengapa bahasa tertentu diperlukan ketika mengiklankan jawatan kosong. Sekiranya syarikat mengatakan bahawa ia hanya mahukan orang Melayu, contohnya, syarikat itu harus menjelaskannya. ”

Beliau bersetuju dengan cadangan dibuat panel lain bahawa syarikat boleh menjadi lebih telus apabila meletakkan pilihan bahasa dalam iklan pekerjaan, iaitu menyatakan alasan mereka dengan lebih jelas.

Panel itu sebahagian daripada “Projek Sama-Sama” kumpulan tersebut, satu siri perbincangan berhubung kepelbagaian. “Kita Bukan Kami” diketuai oleh Institute for Democratic and Economic Affairs dan The Fourth, sebuah agensi berita digital.

 



 

Umno Sabah mahu dasar ‘satu negara satu harga’ dilaksana, hapus diskriminasi ekonomi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker