Isu ‘ICERD’ dibangkitkan semula, Suhakam mahu Kerajaan Muhyiddin meterainya

Sebaran :

KUALA LUMPUR 31 OKTOBER 2018. Peserta himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dihadapan bangunan Parlimen. NSTP/ASYRAF HAMZAH

 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menghentikan ucapan kebencian dan memeterai Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum PBB (Icerd).

Kenyataan Suhakam hari ini sempena memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman yang disambut pada tanggal 21 Mac setiap tahun.

Suhakam berkata suruhanjaya itu bimbang dengan peningkatan ucapan kebencian, terutama format dalam talian.

“Malangnya, media sosial telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaibkan dan menyalahkan orang lain secara umum dengan serangan secara lisan, perkauman dan kenyataan xenofobia terhadap etnik-etnik dan kewarganegaraan tertentu.

“Majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukkan lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur.

“Suhakam menggesa kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam melaksanakan dasar dan langkah-langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian di Malaysia serta menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat untuk berbincang dan menangani isu diskriminasi di Malaysia,” kata suruhanjaya itu.

Lelaki mati dalam lokap akibat dipukul tahanan lain atas arahan polis

Kata Suhakam, tema sambutan pada tahun ini “Belia Berdiri Teguh Menentang Perkauman” mengiktiraf peranan anak muda yang semakin meningkat dalam masyarakat dan dalam menentukan masa depan negara.

Suhakam turut menggesa kerajaan menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat supaya dapat berbincang dan menangani isu diskriminasi di Malaysia.

“Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan untuk mempromosi sikap bertolak ansur dan hormat menghormati bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

“Suhakam ingin menekankan akan kepentingan untuk memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaan dan tiada diskriminasi dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat yang adil, aman damai dan lestari pada masa hadapan,” katanya.

Menurut Suhakam kerajaan perlu meratifikasi Icerd kerana ia dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia “tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.”

Ketika era pentadbiran PH, kerajaan mengumumkan Malaysia akan memeterai konvensyen PBB mengenai penindasan antara kaum yang dibentuk untuk menentang pemerintahan Apartheid di Afrika Selatan itu.

Bagaimanapun, bantahan meluas, terutamanya PAS dan Umno mendorong perdana menteri PH Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu untuk membatalkan komitmen berkenaan.

Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman PBB disambut setiap tahun sempena mengingati hari polis Afrika Selatan melepaskan tembakan dan membunuh 69 orang di Sharpeville dalam perhimpunan aman membantah undang-undang diskriminasi kaum kulit hitam Apartheid pada 1960.

 

kenapa Annuar Musa panaskan semula isu lantikkan TPM Umno, apa ‘Agenda’ disebaliknya? – Puad Zakarshi


Sebaran :

One thought on “Isu ‘ICERD’ dibangkitkan semula, Suhakam mahu Kerajaan Muhyiddin meterainya

  • masuk menerusi mulut keluar melalui angin kentut sudah le

    Reply

Leave a Reply