Cash Is King

oleh Ab Jalil Backer

Rakan warganegara yang dikasihi,
(pinjam ayat PM)

Pengumuman Najib Razak mengenai kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebentar tadi dibuat oleh seorang Perdana Menteri yang mempunyai angka-angka ekonomi dan kewangan negara Malaysia.

Ini bukan janji kosong semata-mata untuk menang pilihan raya. Jika sekadar mahu menang pilihan raya maka kerajaan boleh sahaja mengumumkans emua percuma seperti janji Pakatan Harapan atau lebih tepat sekarang janji PKR.

Pihak sebelah sana boleh sahaja mencemuh dengan gelaran “cash is king” atau “moneyfesto”.

Hakikatnya Najib Razak satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mengagihkan kekayaan negara secara langsung kepada majoriti rakyat.

Suatu ketika dahulu kekayaan negara kita diagihkan di kalangan kroni dan suku sakat melalui projek penswastaan, bail-out dan projek mega berupa monumen tanpa impak ekonomi yang besar.

Ramai juga yang bukan ahli perniagaan menjadi jutawan segera yang bukan dalam bidang kepakaran mereka kerana mempunyai hubungan rapat dengan hirarki pentadbiran. Ketika itu tidak pula mereka merasa malu mengaut wang tunai sehingga tidak habis makan tujuh keturunan.

Apabila kekayaan negara ini diagihkan kepada rakyat bawahan dan mereka yang tidak mampu, maka dengan tiba-tiba cemuhan “cash is king” ditonjolkan seolah-olah hina benar bantuan kerajaan kepada rakyat bawahan.

Cukup-cukuplah kamu mahu memfaraidkan kekayaan negara ini di kalangan golongan elit dan kroni zaman berzaman. Yang menulis “cash is king” itu kebanyakannya adalah pembolot kekayaan negara suatu ketika dahulu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.