Kang Kyung Joon didakwa ada skandal dengan isteri orang

AKTOR popular Korea, Kang Kyung Joon berdepan tindakan saman selepas dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Lapor media tempatan, saman tersebut yang berjumlah 50 juta won (RM177,000) itu telah difailkan oleh suami kepada wanita berkenaan pada hujung Disember tahun lepas.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai A itu, Kyung Joon dan isterinya telah menjalinkan hubungan sulit ketika kedua-duanya bekerja di sebuah syarikat yang sama.



Lelaki tersebut, yang terlalu kecewa dengan kejadian itu, menyifatkan bintang drama Welcome to Waikiki itu sebagai perosak rumah tangga orang.

“Kyung Joon mempunyai hubungan sulit dengan isteri saya dan beliau tahu perempuan itu merupakan isteri orang.

“Saya ada maklumat yang membuktikan tentang perkara ini.

“Kyung Joon mengganggu dan musnahkan perkahwinan kami,” kata A. Terdahulu, Kyung Joon mendirikan rumah tangga dengan pelakon Jang Shin Young pada tahun 2018.



Hasilkan perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Dalam perkembangan berasingan, Shin Young mencuri perhatian setelah menukar gambar profile akaun Navernya selepas isu saman terhadap suaminya itu tersebar dan dilaporkan secara meluas oleh media Korea Selatan.

Lapor media tempatan, pertukaran gambar tersebut berikutan status Shin Young yang tidak lagi berdaftar dengan agensi K-Star Global Entertainment.

Spekulasi tindakan Shin Young itu dengan kes hubungan sulit suaminya tetap hangat dibicarakan lebih-lebih lagi apabila perubahan itu dibuat selepas laporan kes saman Kyung Joon tersebar.

Dalam pada itu, Kyung Joon, menerusi satu kenyataan yang dikongsi kepada media Korea sebelum ini mena kan dirinya telah menerima surat saman yang difailkan Mr. A.



“Saya tidak tahu apa yang berlaku dan juga belum menerima surat saman tersebut. Semua ini hanyalah salah faham,” katanya.

K-Star Global Entertainment, dalam kenyataan dikeluarkan tidak lama selepas itu mengesahkan pelakon berkenaan ada menerima saman tersebut.

“Kami mengesahkan pelakon itu telah menerima dokumen rasmi dan beliau telah dimaklumkan tentang perkara ini.

“Pihak pengurusan akan berkongsi perkembangan kes ini dari semasa ke semasa,” jelas agensi tersebut.



Isu tersebut terus hangat dibincangkan dengan pelbagai komen dilontarkan netizen di media sosial.

Kebanyakan warganet menyuarakan rasa tidak percaya terhadap tuduhan yang dilayangkan ke atas pelakon itu.

“Saya berpandangan pentingnya untuk kita tidak membuat andaian, lebih-lebih lagi berhubung kes saman yang tidak masuk akal,” komen seorang netizen.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker