Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

JELI: Sebuah keluarga dikejutkan dengan kemunculan seekor harimau belang atau pak belang semasa melalui Jalan Kuala Balah-Dabong dekat Bukit Kiwi, di sini pada Ahad lalu.

Kejadian itu disedari oleh keluarga berkenaan semasa dalam perjalanan dari Rantau Panjang untuk pulang ke Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 2 petang.



Wan Nor Azizah Wan Ali, 50, berkata, sebaik sahaja melihat kejadian itu sepupunya terus menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, sepupu meminta untuk menghebahkan perkara tersebut supaya pengguna laluan tersebut dan penduduk berhati-hati.

“Dia (sepupu) berbuat demikian kerana saya menetap di Kuala Balah. Saya kemudian membuat naik gambar tersebut di Facebook.

“Selepas itu, sepupu memaklumkan kehadiran pak belang tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Wan Nor Azizah memberitahu, ini merupakan kali pertama haiwan tersebut menampakan dirinya di laluan tersebut.

Terdahulu hantaran yang dimuat naik oleh Wan Nor Aizah dikongsi oleh 115 pengguna laman sosial Facebook. Utusan

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan

Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]



Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara

Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker