Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Jeffrey yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II berkata, surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ya memang betul saya sudah letak jawatan sebagai timbalan menteri.
“Peletakan jawatan itu memandangkan kita tidak boleh memegang dua jawatan (sekali gus),” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker