Wan Fayhsal jangan melampau – Najib

Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal agar jangan melampau.

“Jgn melampau. Rakyat sedang memerhati,” bekas Perdana Menteri itu.

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayshal yang ‘mendabik dada’ dengan mengatakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bersatu tidak bertanding sendirian bahkan secara kolektif dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, PN terbukti mempunyai kekuatan tersendiri biar pun baru setahun jagung, sambil memetik dapatan Merdeka Centre menunjukkan PN kalau kena gaya tidak bertembung tiga penjuru akan mampu menawan dua pertiga Dewan Rakyat.



Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Malah Wan Ahmad Fahsyal juga mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

Susulan kenyataan itu, Ketua Pemuda UMNO mengingatkan Bersatu tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri termasuk Sabah walaupun parti itu mempunyai kerusi minoriti.

Tegas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Bersatu jangan mudah lupa dengan pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang memberi laluan mudah kepada parti itu mengetuai kerajaan pusat dan negeri sebelum ini. MG



Najib minta Azmin jangan melampau, usik keluarga

https://mykmu.net/2018/01/05/melampau-tapi-saya-%e2%80%a8maafkan-dia-abdul-hadi/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker