Video ‘tolak warga emas’ – Calon PN nak saman media, individu

Video ‘tolak warga emas’ – Calon PN nak saman media, individu

Calon PN untuk kerusi DUN Lunas Khairul Anuar Ramli berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu dan media tertentu kerana “memfitnah” selepas video dia menolak seorang lelaki tersebar di media sosial.

Khairul Anuar berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk menyaman pihak terbabit secepat mungkin dan akan menuntut RM10 juta daripada setiap daripada mereka.



Tegas Khairul Anuar, dia tidak akan berkompromi dalam perkara itu dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk meminta maaf.

“Saya juga geli hati dengan tajuk yang dinyatakan iaitu ‘calon PN DUN Lunas telah bertindak menolak warga emas’.

“(Ini) juga cubaan merosakkan reputasi saya, sedangkan individu yang ditolak itu hanya empat tahun lebih tua daripada saya.

“Saya akan mendakwa beberapa media yang melaporkan bahawa kejadian itu berlaku semasa kempen PRU ke-15.



“Ia mengelirukan masyarakat dan orang awam. Kejadian itu berlaku tiga tahun lalu.

“Saya akan teruskan dengan dakwaan itu. Amat keterlaluan, mereka menyerang peribadi saya, jatuh maruah keluarga saya, Bersatu dan juga maruah penyokong PN,” katanya kepada pemberita di pusat daerah mengundi Padang Serai di Kedah malam tadi.

Kenyataan itu dibuat selepas klip berdurasi 19 saat memaparkan Khairul Anuar menolak seorang lelaki tersebar pada hari Selasa dan menjadi tular di media sosial.

Khairul yang juga Ketua Penerangan PN Kedah menjelaskan klip tular itu disunting daripada video sebenar yang berdurasi 8 minit.



“Ini bukan video baru, ini dah tiga tahun lepas, diviralkan di media sosial dan ada yang mendapat tontonan sehingga empat juta.

“Video yang dirakam itu berdurasi lapan minit, tapi yang diviralkan hanya 19 saat dan tidak memaparkan keseluruhan apa yang berlaku.

“Kalau nak viral boleh tetapi siarkan sepenuhnya supaya rakyat dapat nilai.

“Dia datang minta bantuan, tapi dia mengeluarkan kata-kata kesat kepada isteri saya, isteri saya dimaki hamun sejak awal lagi.



“Selain itu, dia bertindak masuk pejabat saya di Lunas untuk merampas barang bantaun yang ada. Cara dia maşuk juga, dengan memakai kasut,” jelasnya.

Menjelaskan perkara itu, Khairul berkata lelaki dalam klip video tersebut telah membuat laporan polis.

Jelas Khairul Anuar, susulan itu dia kemudian didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Menurut Khairul Anuar, dia terpaksa menjalani perbicaraan mahkamah selama 18 bulan, tetapi pada 28 Mac lalu mahkamah membebaskannya daripada tuduhan itu.



Dia juga menuduh PH-BN menyebarkan klip sebegitu untuk mencemarkan nama baiknya sebagai calon PN pada pilihan raya negeri Kedah.

“Saya nak nasihat kepada PH-BN supaya berkempen secara matang.

“Saya faham mereka terdesak untuk buat begini untuk raih undi. Mereka orang yang bankrup politik.

“Saya tak risau tentang video viral ini, ia tak ada kesan kepada kemenangan saya di Lunas,” kata Khairul lagi.



Khairul akan bertarung melawan calon PH Shamsul Anuar Abdullah dan tiga calon bebas di DUN Lunas. Mk

Video ‘tolak warga emas’ – Calon PN nak saman media, individu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker