Siti Nuramira akan didakwa di Mahkamah Syariah – Marzuk

Siti Nuramira akan didakwa di Mahkamah Syariah – Marzuk

Wanita yang membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, Siti Nuramira Abdullah, 26, akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, Nuramira akan didakwa mengikut Seksyen 7 (Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).



“Untuk makluman, Siti Nuramira Abdullah (Amy) akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan pendakwaan di Mahkamah syariah akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menghina agama yang akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum. Tindakan akan diambil berasaskan undang-undang sedia ada,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada Rabu, Nuramira didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam.

Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran kemudian membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, pada 4 Jun, pada 6 petang.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan iaitu perbuatan berkenaan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan agama, di antara orang yang menganut agama sama.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. FMT

Siti Nuramira akan didakwa di Mahkamah Syariah – Marzuk


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker