Wan Fayhsal: Mitos hanya ada satu parti Melayu saja sudah tamat

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyeru “muafakat ikhlas” antara parti-parti politik yang berteraskan orang Melayu.

Berucap pada konvensyen “Setengah Tahun Pentadbiran PN” di Kuala Lumpur petang ini, Beliau berkata orang Melayu maju apabila mereka diwakili oleh pelbagai pihak.

“Saya rasa orang Melayu selepas PRU14 sudah boleh memilih.

“Dah keluar dari kepompong lama seolah-olah ada satu parti Melayu sahaja. Saya rasa itu satu mitos yang sudah tamat.



“Kehadiran Bersatu, Amanah, PKR walaupun PKR tidak kelihatan parti Melayu tetapi pemimpin adalah Melayu,” katanya.

Selanjutnya, beliau menyeru perpaduan antara parti-parti berteraskan orang Melayu.

“Kepelbagaian parti-parti Melayu tidak harus dijadikan sebagai kelemahan.

“Sebaliknya kalau ada ruang muafakat yang telah diusulkan oleh saudara, Mafakat Nasional atau muafakat ummah. Ini perkara yang patut didokong.



“Saya fikir formula politik yang dipejuangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan-pimpinan parti besar Melayu seperti Umno dan PAS adalah sesuatu perkara yang perlu kita teroka secara adil dan ikhlas agar kekuatan yang kita jana daripada kesepakatan ini dapat benar-benar melahirkan potensi,” kata Wan Fayhsal.

Timbalan menteri belia dan sukan berkata demikian ketika Bersatu dan Umno sedang berbeza pendapat dalam beberapa hal.

Umno telah menolak untuk menjadi anggota rasmi gabungan parti pemerintah PN dan telah membuat tuntutan berani ketika parti-parti dalam kerajaan PN sedang membincangkan pembahagian kerusi untuk PRU15.

Sementara itu, Umno dan Bersatu dilaporkan telah mencalonkan calon masing-masing menjelang pengundian pada esok hari untuk memilih Yang di-Pertua Dewan Negara berikutnya.



Bersatu telah memohon untuk bergabung ke dalam Muafakat Nasional dan telah diterima menjadi sebahagian gabungan Umno-PAS itu.

Konvensyen hari ini dihadiri oleh Presiden Bersatu Muhyiddin, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Presiden Umno Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki sepatutnya dijadualkan berucap pada konvensyen itu tetapi tidak hadir kerana dikatakan sedang berada di Sabah untuk persiapan menjelang pilihan raya negeri 26 September.

Dianjurkan oleh Pertubuhan Intelektual Negara, konvensyen itu menampilkan sekumpulan ahli akademik yang mengulas mengenai prestasi PN selama enam bulan. Mkini



Related Articles

One Comment

  1. betul ke BERSATU di asaskan oleh DAP utk melemahkan kuasa melayu….. ?…kerana nak berkuasa BERSATU masih bermitos….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker