Imam maut ditembak di luar masjid

Imam maut ditembak di luar masjid

NEW YORK: Seorang imam yang ditembak di luar sebuah masjid berhampiran New York meninggal dunia di hospital, kata Peguam Negara New Jersey, Matt Platkin.

Menurutnya, pembunuhan itu pada mulanya tidak kelihatan berat sebelah, perkauman atau keganasan domestik.



Platkin berkata lagi, imam berkenaan, Hassan Sharif, ditembak beberapa kali sebelum dibawa ke hospital di mana dia kemudian meninggal dunia.

“Kami belum tahu motif untuk jenayah ini (tetapi) bukti yang dikumpul setakat ini tidak menunjukkan bahawa ini adalah tindakan yang didorong oleh berat sebelah, atau tindakan keganasan domestik.

“Berdasarkan peristiwa global dan dengan peningkatan berat sebelah yang dialami oleh banyak komuniti di seluruh negeri kita khususnya masyarakat Islam, terdapat ramai di New Jersey merasai ketakutan yang memuncak,” kata Platkin.

New Jersey memiliki 300,000 peduduk Islam, katanya.



Sejak meletusnya perang Israel-Hamas, terdapat peningkatan dalam serangan Islamofobia dan anti-Semitisme di seluruh Amerika Syarikat.

Pendakwa raya daerah Essex, Ted Stephens mengesahkan Sharif ditembak lebih daripada sekali dan dia tiidak nampak imam itu mangsa jenayah berat sebelah atau ini berkaitan dengan keganasan.

“Kami berdedikasi untuk membawa keadilan kepada keluarga imam,” kata Stephens, yang menyebutnya sebagai satu jenayah keji.

Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (TSA) sebelum ini mengesahkan bahawa Sharif bekerja sebagai penyaring keselamatan di lapangan terbang Newark sejak 2016.



“Kami sangat sedih mengetahui pemergiannya dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan rakan sekerjanya,” kata Lisa Farbstein, jurucakap TSA. Utusan

Imam maut ditembak di luar masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker