Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon

Sukar untuk berhubung dengan anak-anak

Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon

Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon
Farid dedah nombor telefon kena sekat dengan Diana punca tidak dapat hubungi anak-anak.

SUKAR untuk menghubungi Diana Danielle dan anak-anak, pelakon Farid Kamil mendedahkan nombor telefonnya telah disekat oleh isterinya itu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, berkata sebutan kes di mahkamah memberikannya peluang untuk bertemu dan menatap wajah Diana.

“Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semuanya di-block (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan mesej WhatsApp tidak berbalas.



Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon
Diana didakwa sekat nombor Farid Kamil.

“Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah sahaja sekarang,” katanya kepada mStar.

Farid memberitahu mengenai perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kali pertama hadanah atau hak penjagaan anak.


Baca Artikel Menarik:

Rakan Shila Amzah isteri muda ND Lala



Berkongsi mengenai pertemuannya bersama anak sulung iaitu Muhammad, 10, pada Sabtu lalu, Farid berkata dia hanya dapat meluangkan masa selama enam jam sahaja.

“Alhamdulillah, Muhammad ceria. Saya jumpa dia enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.

“Untuk perjumpaan tersebut, hanya berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 6 petang sahaja,” kongsinya.

Dalam sebutan kes penceraian pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya.



 

Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon
Farid dan Diana ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Baca Artikel Menarik:

Rintihan ibu Syamsul Yusof


Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.



Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun

Farid dedah Diana Danielle ‘block’ nombor telefon

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker