“Oh No!” – Botak! Ramai Terkejut Imej Baharu Cristiano Ronaldo (CR7)

Pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo tampil dengan imej terbaharu.

Menerusi posting di akaun Instagramnya pada Rabu (21 Oktober 2020), Cristiano atau dikenali sebagai CR7 telah memuatnaik fotonya dengan gaya ‘rambut’ baharu.

Bagaimanapun penampilannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikutnya.



Kebanyakan pengikut Ronaldo tidak percaya dengan perubahan gaya rambut yang dilakukan beliau. Banyak yang menyifatkan perubahan yang dilakukan sebagai terlalu drastik.

Instagram Video

 



Terkejut! Merupakan ayat tepat untuk menggambarkan perasaan mereka sebaik sahaja melihat Ronaldo kini tampil botak.

Namun tidak kurang juga ada yang meneka Ronaldo sebenarnya sedang membuat persiapan untuk perlawanan seterusnya.

Selain itu mereka juga mendoakan agar Ronaldo berada dalam keadaan sihat selepas disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

Difahamkan penyerang Juventus ini tampil dengan imej baharu selepas membotakkan kepalanya ketika menjalani kuarantin.




Selain penampilan baharunya, aksi Ronaldo yang kekal cergas dan enak menikmati lagu saat bersenam turut mencuri tumpuan peminatnya.

Terdahulu, Ronaldo terlepas aksi Juventus menewaskan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin selepas dijangkiti Covid-19 ketika berdepan misi antarabangsa bersama Portugal.

Ronaldo kini mengejar masa untuk menentang Barcelona dan musuh lama – Lionel Messi minggu depan dan hampir pasti terlepas aksi menentang Hellas Verona dalam saingan Serie A.-GEMPAK

Cristiano Ronaldo disahkan positif COVID-19



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker