Covid-19 : 847 kes hari ini dengan 5 kematian

Share

Kementerian Kesihatan hari ini nelaporkan angka jangkitan baharu Covid-19 kembali melepasi 800, dengan majoriti kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 847 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini, dengan 842 daripada penularan tempatan.

Terkini. 22 Okt. Sebanyak 847 kes baharu #COVID19 iaitu 842 kes tempatan dan 5 import.

Antaranya Sabah (578), Selangor (137), N. Sembilan (38 termasuk 33 pelajar tahfiz di Senawang), Labuan (29) dan KL (23).

486 pesakit sembuh dan 5 kematian baharu.

486 kes sembuh dilaporkan hari ini. Terima kasih petugas kesihatan! Dengan angka kes sembuh hari ini, jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 15,417.

Rakyat Malaysia mendoakan agar para petugas kesihatan dan semua barisan hadapan yang lain terus diberkati dan mendapat pahala berlipat ganda atas pengorbanan mereka ini, amin!

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
22 Okt 2020

Kes sembuh=486
Jumlah kes sembuh=15,417 kes
Kes baharu positif=847
(kes import=5, kes tempatan=842)
Jumlah positif=23,804 kes
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=204 kes
Kes dirawat di ICU=90 kes
Bantuan Alat Pernafasan=29 kes

Kes sembuh mengikut negeri

Sabah-250
Selangor-109
Kedah-67
P.Pinang-30
Perak-13
Johor-9
Sarawak-6
Terengganu-2

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply