PH paling tidak layak persoal keputusan Peguam Negara

oleh Ab Jalil Backer

PH adalah pihak paling tidak layak mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, untuk tidak mendakwa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib COVID-19.

Idrus Harun, seorang bekas hakim yang diakui wibawanya dalam bidang perundangan, telah membuat keputusan sedemikian kerana tiada arahan bertulis dari penguatkuasa supaya Menteri terbabit dikuarantin 14 hari.

Khairuddin telah pun diuji negatif Covid-19 ketika menjalankan tugas. Selain itu, Khairuddin telah pun dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM1000.00 atas pelanggaran tersebut,



Sebaliknya semasa PH mereka telah melantik Peguam Negara, Thommy Thomas, yang dilihat mempunyai kecenderungan politik DAP.

Pejabat Peguam Negara ketika itu tanpa segan silu dan alasan yang munasabah telah menarik semula pendakwaan ke atas Lim Guan Eng yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah berjuta ringgit.

Tidak kurang 17 kes lain membabitkan kepentingan politik PH telah ditarik balik, digugurkan dan diklasifikasi sebagai tiada pendakwaan.



Di mana PH dan Syed Saddiq ketika itu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker