PM akan jumpa pemimpin perniagaan, kerjasama pulih ekonomi

PM akan jumpa pemimpin perniagaan, kerjasama pulih ekonomi

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan bertemu pemimpin perniagaan bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha memulihkan semula ekonomi negara.

“Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan pelbagai wakil sektor perindustrian, dewan perniagaan dan juga usahawan belia bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya di Facebook.



Sambil menegaskan bahawa misi utama kerajaan adalah untuk kerajaan adalah untuk mengembalikan ekonomi negara di landasan yang betul setelah terjejas sebegitu lama akibat pandemik Covid-19, Ismail berkata pasaran pelaburan telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang amat memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

“Saya yakin faktor kestabilan politik dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi dan meluas menjadi pemangkin untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Insya-Allah,” katanya.

Dalam hantarannya juga, Ismail turut melampirkan graf FTSE Bursa Malaysia KLCI pagi tadi yang menunjukkan peningkatan 6.81 mata pada awal dagangan dan kenaikan 4.7% dari tarikh sama setahun lalu.

Data dikeluarkan Jabatan Statistik awal bulan ini menunjukkan ekonomi merosot 2% suku ke suku dan 16% tahun ke tahun disebabkan perintah kawalan pergerakan Covid-19. FMT



PM akan jumpa pemimpin perniagaan, kerjasama pulih ekonomi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker