PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO

PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO

PAS sedia bekerjasama dengan Umno sekali lagi dengan syarat tidak melibatkan pemimpin parti yang berpakat dengan DAP.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS percaya sebahagian besar ahli Umno masih sayangkan Muafakat Nasional (MN) yang diwujudkan oleh kedua-dua parti pada 2019, selepas Barisan Nasional gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU14.



“Kita mesti buang yang keruh, yang punya agenda peribadi sehingga mengetepikan agenda ini dan sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas ditentang sebelum ini,” katanya kepada FMT.

Meskipun MN tidak diisytiharkan bubar, kerjasama itu dilihat tidak lagi relevan apabila PAS memilih untuk bersama Bersatu bagi menghadapi PRU15.

Keputusan itu dibuat selepas Umno mensyaratkan PAS perlu putuskan hubungan politik dengan parti serpihannya itu untuk meneruskan kerjasama.

“Gagasan penyatuan ummah MN masih terbuka dan PAS bersama Bersatu dalam PN yakin ummah ini perlukan penyatuan dan muafakat,” kata Tuan Ibrahim.



“Kita penuh yakin dalaman Umno yang masih sayangkan gagasan ini dan demikian juga dalam PN,” tambahnya.

Semalam, veteran Umno Tajuddin Abdul Rahman mahu kedua-dua parti menghidupkan semua MN demi memperjuangkan agenda orang Melayu.

Tajuddin berkata orang Melayu masih rugi walaupun PAS menang besar pada PRN enam negeri lalu, kerana mereka dilihat berpecah belah dan lawan sesama sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Pada PRU15, PN menang 74 kerusi Parlimen manakala Umno menerusi BN menang 26 Parlimen. Pada PRN 12 Ogos lalu, Umno menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi, berbanding PN yang meraih 146 daripada 245 kerusi.



Umno dan Barisan Nasional menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama-sama Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, dan Gabungan Rakyat Sabah, bagi memecah kebuntuan politik selepas PRU15. FMT

PAS letak syarat kerjasama dengan UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker