Biru merah akan sekat gelombang hijau – Dr Akmal

Biru merah akan sekat gelombang hijau – Dr Akmal

Gelombang biru merah akan digerakkan bagi menyekat gelombang hijau yang dikatakan bakal menembusi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kata Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

Katanya, gelombang biru merah mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan perpaduan itu akan menolak sebarang politik ekstremis, kebencian dan pecah belah.



“Ia mewakili kerajaan perpaduan dan wajah sebenar Malaysia yang menyatukan penduduk pelbagai bangsa, kaum dan agama.

“Saya percaya orang Johor matang dalam membuat keputusan. Disebabkan itu, saya beritahu gelombang biru merah yang selari warna PH-BN akan bermula di negeri ini dan turut mempunyai bendera warna sama.

“Kita perlu pertahankan kerajaan ini. Ketika negara mencapai kemerdekaan dahulu, tidak boleh hanya ada Melayu saja, sebaliknya perlukan perpaduan Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia,” katanya menurut Berita Harian dalam program santai bersama Pemuda Umno di Medan Selera Taman Cempaka, Johor malam tadi. FMT

Biru merah akan sekat gelombang hijau – Dr Akmal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla



Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee



Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker