KDNK Nasional, sumbangan Selangor merosot teruk

KDNK Nasional, sumbangan Selangor merosot teruk. Selangor mencatatkan pengurangan tertinggi iaitu sebanyak RM18.3 bilion dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Nasional pada 2020.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17.5 bilion), Sarawak (RM9.6 bilion) dan Sabah (RM8.1 bilion).

“Semua negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan mencatatkan pertumbuhan negatif pada 2020. Walau bagaimanapun, terdapat lapan negeri memperoleh magnitud pertumbuhan lebih baik berbanding penguncupan 5.6% yang dicatatkan di peringkat nasional.”



KDNK nasional pada 2020 merosot 5.6% berbanding 4.4% pada tahun sebelumnya, di mana semua aktiviti ekonomi merekodkan pertumbuhan negatif.

“Bagaimanapun, terdapat lapan negeri memperoleh magnitud pertumbuhan yang lebih baik berbanding penguncupan 5.6% yang dicatatkan di peringkat nasional.

“Labuan merekodkan penurunan 0.5 peratus, diikuti Kelantan (-1.1%), Kedah (-1.7%), Pulau Pinang (-2.1%), Perak (-2.3%), Negeri Sembilan (-3.6%), Johor (-4.6%) dan Selangor (-5.3%),” katanya.

Beliau berkata meskipun pandemik Covid-19 memberi impak negatif kepada ekonomi, enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah kekal sebagai penyumbang utama KDNK nasional dengan jumlah sumbangan sebanyak 72.1% berbanding 2019 sebanyak 72.3%.



KDNK Nasional, sumbangan Selangor merosot teruk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rompak syarikat penghantaran, 3 anggota polis ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker