Mahu pinjam Bon Samurai lagi !

Kaji terbitkan satu lagi Bon Samurai

Malaysia sedang mengkaji untuk menerbitkan satu lagi Bon Samurai bagi menangani masalah kewangan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini susulan Jepun menawarkan pinjaman yang cukup rendah iaitu pada kadar di bawah 0.65 peratus.

“Jepun sedia untuk memberi kita pinjaman mudah, iaitu lebih rendah daripada kadar sebelum ini.



“Jadi kita sedang mengkaji bagaimana untuk menggunakan pinjaman murah bagi menangani masalah kewangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sidang akhbar selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di sini hari ini.

Pada Mac lalu, Malaysia bersedia untuk mempertimbang kemungkinan menerbitkan satu lagi Bon Samurai jika menerima kadar 0.63 peratus setahun, sepertimana bon bernilai 200 bilion yen (kira-kira RM7.3 bilion) yang berjaya diterbitkan sebelum itu. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker