AMANAH sertai DAP gesa Peguam Negara beri penjelasan DNAA kes Zahid

AMANAH sertai DAP gesa Peguam Negara beri penjelasan DNAA kes Zahid

Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata dengan penjelasan terperinci, ia akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak, sekali gus mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



“AMANAH menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid semalam atas prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh selama ini.

“Namun begitu, AMANAH ingin menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan itu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini semalam, membuat keputusan melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Keputusan itu dibuat Hakim, Collin Lawrence Sequerah, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, ketika kes itu sedang berada peringkat prosiding bela diri.



Selain daripada AMANAH, DAP terlebih dahulu meminta agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memberi penjelasan terbuka berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Mohd Hatta berkata, parti itu turut yakin proses perundangan dan prosiding mahkamah sepanjang perjalanan kes itu telah diadili oleh hakim. BH

AMANAH sertai DAP gesa Peguam Negara beri penjelasan DNAA kes Zahid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)

Puteri Sarah pilih pelakon Indonesia?



Janna Nick diurut Shukri, netizen naik berbulu

‘Tangan Fasha digenggam, pinggang dirangkul ‘anak ikan’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker