Propaganda “Mungkin” PH.

Sejak semalam, PH mula mengeluarkan propaganda yang cuba mempergunakan Titah YDP Agong bagi menghasut Rakyat bahawa YDP Agong tidak pasti Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti yang cukup untuk dilantik sebagai PM ke-8.

Sebenarnya, perkataan “mungkin” yang digunakan dalam kenyataan media Istana Negara adalah 100% sama seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita.

Iaitu Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya MUNGKIN mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Atau dalam Bahasa Inggeris:



“the King appoints a prime minister who, in his judgment, is LIKELY to command the confidence of the majority.”

Antara page-page propaganda PH yang cuba mengeliru dan menghasut Rakyat dengan mempergunakan kenyataan media Istana termasuk:

Page Suara Rakyat yang dekat dengan PKR:

Blog Finance Twitter yang dekat dengan DAP:



Game Over? – Not So Fast As Prime Minister Wannabe Muhyiddin Could Have Cooked Up His Numbers

PH ini menipu untuk menang.

Selepas menang dan menjadi kerajaan, mereka tetap menipu.



Selepas kerajaan mereka tumbang, mereka terus untuk menipu Rakyat.

Dalam surat rayuan PH kepada YDP Agong pun mereka menipu tentang jumlah sokongan yang mereka terima.

Selepas surat PH didedahkan secara umum, beberapa ahli parlimen di dalam senarai PH itu sudahpun menafikan mereka menyokong PM ke-7i untuk menjadi PM8.

Nasib baik PH tak berjaya menyampaikan surat Rayuan mereka kepada YDP Agong apabila Tuanku tidak mahu berjumpa dengan mereka.



Apakah hukuman yang menanti mereka yang cuba menipu YDP Agong?

Dari FB Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Tu la masalahnya diorg PH no…dulu sekolah Banyak ponteng , menuang……org nak jadi pemimpin korang pun nak…suruh blajar tapi reformasi je tau…hasut….alih istilah MCM Tu pun nak dipertikaikan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker