Dalam banjir bisnes ketum tetap jalan

Dalam banjir bisnes ketum tetap jalan

Walaupun dalam keadaan hujan lebat dan musibah banjir besar ketika ini, namun ‘bisnes’ tetap perlu berjalan seperti biasa.

Tidak kira ribut mahupun taufan melanda, keuntungan dalam ‘berbisnes’ barang salah perlu diteruskan kerana permintaan tetap berjalan dari para pelanggan.

Satu perkongsian di laman sosial ketika ini, kelihatan dua lelaki masih leka mengutip daun ketum dari pokok berkenaan walaupun dalam keadaan banjir di kawasan kediaman mereka.

Air banjir yang sedang meningkat sehingga takat dada dilihat bukan menjadi penghalang besar kepada mereka berdua yang terus ‘mengutip’ daun ketum.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna media sosial dan rata-rata menyifatkan dua lelaki tersebut tidak menghiraukan keadaan dan musibah yang sedang melanda negara ketika ini.

“Kau nak meniaga pun tengok la keadaan, tahu la benda tu permintaan tinggi. Panas ke hujan ke bisnes tetap jalan. Ini orang katakan Melayu boleh,” ujar Arm_kala89.

“Lawak pun ada, ini kalau air paras kepala pun jalan juga ni janji tangan tak tenggelam. Memang menguntungkan la perniagaan ketum ni,” jelas Azamli85. K Online

Dalam banjir bisnes ketum tetap jalan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker