Shila Amzah dikerah kerja dari umur 10 tahun, tak pegang duit, kad bank IC sampai usia 28 tahun

PETALING JAYA – “Tak pernah pegang duit, kad bank dan kad pengenalan (IC) sendiri sehingga berusia 28 tahun.”

Demikian antara pendedahan mengejutkan dibuat suami kepada penyanyi popular Shila Amzah iaitu Ubai MZ berhubung penderitaan ditanggung isteri tersayang yang dikerah bekerja seawal usia 10 tahun.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli berkata, bermacam-macam penderitaan mental dan fizikal didepani Shila hanya disebabkan status sebagai anak sulung dalam keluarga.



“Penderaan mental dan fizikal dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami. Bercerai dan trauma.

“Mulakan hidup baharu selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu ringgit. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga.

Perkongsian luahan rasa suami Shila iaitu Ubai yang mendedahkan kesengsaraan ditanggung isterinya itu demi melunaskan tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga sejak kecil. – TWITTER.

Dalam tulisan panjang lebar yang dimuat naik dalam media sosialnya, Ubai turut memaklumkan, selama ini Shila sendirian berdepan dengan segala sepak terajang kehidupan yang tiada siapa ambil peduli.

“Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain. Ramai yang cerca dan hina, hanya dia tahu apa yang dilalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endahkan,” coretnya lagi.



Keringat dan segala penat lelah Shila dikerah tanpa rela demi melunaskan tanggungjawab sebagai anak sulung dan tidak mahu dilabel sebagai anak derhaka. Itu juga dinukilkan Ubai dalam tulilsan sama.

“Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala titik peluh, perlu dahulukan keluarganya dahulu.

“Tiada alasan yang boleh diberikan sebab kata orang, ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’.

“Trauma yang dihadapi, perlu dilupakan dengan cara paksa kerana itu saja pilihan yang ada. Ya, paksa,” dedah Ubai, 25 lagi.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker