Aduh negeriku, kualiti air teruk dan sampah kotor berlonggok

Aduh negeriku, kualiti air teruk dan sampah kotor berlonggok

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohammad Agus Yusoff menyindir taraf kemudahan asas di Kelantan yang diperintah PAS sejak 33 tahun lalu.

Kualiti air yang teruk, jalan sempit dan berlubang serta sampah berlonggok di merata tempat antara tiga masalah di Kelantan yang disuarakan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohammad Agus Yusoff.

“Balik Kelantan sambut Raya. Tiga perkara yang merimaskan.

“Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor.

“Aduhhhh, negeriku. Masalah ini berulang setiap raya. Semoga boleh berubah,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Bekas pensyarah sains politik itu juga menulis bahawa dia akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menikmati ‘kelainan’ suasan.

Ini seolah-olah menyindir kerajaan Kelantan yang didakwanya masih gagal menyelesaikan masalah kemudahan asas rakyat.

“Sekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan,” katanya lagi.

Untuk rekod, PAS memerintah negeri Kelantan sejak 1990. Mk

Aduh negeriku, kualiti air teruk dan sampah kotor berlonggok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker